Monday, October 5, 2009

manusia malaikat

kau mencuba menjadi seorang malaikat,
tapi ketika ku berpaling ternyata kau tetap manusia,
yang tersepit di lorong bersilang

kau tetap cuba menjadi seorang malaikat,
yang sombongnya tiada tara,
yang punya darah merah, dan segumpal hati hitam …
yang bijak menghakim,
menutup coret basi yang dipalit simpati
jalan mendabik megah dan bernyanyi
dan kau cuba susun bunga bunga tuhan
meskipun menghantar mayat ke kubur

ya manusia malaikat, ingin ku bertanya:
sedang pergikah kau atau pulang?
sedang berdiri mula atau di hujung garis pangkal?

haish

kau terlalu sombong untuk melihat
kerana terlalu sibuk menjadi malaikat...

ya manusia malaikat yang menjelma,
maaf, aku tidak sempat untuk menyapa...
kalian itu siapa?

0 berkata: