Friday, June 5, 2009

insomnia


Malam semakin melarut. semua sudah nyenyak meninggalkan alam sedar. terlena oleh suasana malam yang memang begitu lenggang. sunyi, mungkin juga terlanjur rapatkan kelopak kerana paksaan lelah yang kian meratah raga…

lelaki itu berada disini dengan sebuah kesulitan…

lelaki itu kini tapaki nyawa di ruang kosong. sebuah kota yang dulu pernah begitu erat menggenggam jemari hidupnya. dia sempat berbagi senyum dan tangis dengan semua yang ada disini. dia juga pernah merasa indahnya. banyak sekali yang pernah dia alami disini. sampai akhirnya dia merasa harus pergi. lalu dia undur diri. tepatnya di sebuah jumaat malam dengan hujan nakal yang terus halangi kepergiannya. saat cuaca menahannya dengan begitu sangat. namun dia tetap merasa harus pergi. lalu dia dengan sabarnya memujuk hujan untuk berhenti renyai. dia memohon agar kepergiannya direlakan. kerana perempuan itu juga rela melepaskan. lalu lelaki itu mengucap selamat tinggal terpanjang. hujanpun akhirnya menyerah. mengalah. sebuah perpisahan dengan tangis dan haru. biasa saja. namun tetap berbaur rasa.

lalu…

senja tadi lelaki itu kembali. membawa beberapa butir rindu untuk melepas penat yang selama ini nyaman meninggalkan jiwanya. jiwanya yang lohong kosong. jiwanya yang tanpa isi. dia datang hanya dengan satu pinta. biarlah bertemu jalan yang senang, tenang dan terang.


setengah jam lagi, hari akan berganti nama. berganti angka. tapi tahun masih setia...

semua raga sudah menutup mata. tapi tidak dengan lelaki itu. dia masih gagah dengan mata lebarnya yang seakan masih ingin terus mengawasi dunia. dia gagal bertemu alam bawah sedarnya.

kali ini dia merasa terseksa oleh waktu. matanya masih segar dengan bantuan nescafe pahit hanya dengan sedikit gula, sebuku roti berteman dvd maria ozawa.

sekarang terpalit rasa takut, dia risau malam akan terganggu olehnya yang masih saja terjaga. dia takut malam akan menyalahkannya kerana kehilangan misteri. dia tak mau disalahkan. kali ini dia benar-benar mau menjadi sama yang lainnya yang sudah mengatupkan nyawa. dia tak mau lagi terjaga…

tapi dia tak tahu cara pejamkan mata.

sulit sekali baginya…

lapan minit lagi hari akan berganti nama…

hisap rokok sebatang...

Ahhhh sudah lewat...tujuh minit terlewat

dia semakin gugup…

selamat datang hari ahad…
00:07

Dia cuba katupkan mata

0 berkata: