Wednesday, May 27, 2009

Hup hup terbang


lelaki kecil sesuku abad memetik gitar, lagunya merengek dan mengadu dan bertanya, pada arak awan, pada sejarah yang seronok, pada ingatan yang terkoyak, pada kasih sedalam lautan, seluas jagat raya, bersama kitab mati yang ditulis oleh jari-jari penat, kemana semuanya itu beredar?

bisik pada alam, mendesah perlahan mengumam bismillah, sepuluh jari tersusun menadah semesta, selepas lelah di padang pemburuan luka, menunggu dewa kama mengetuk pintu langit di satu kala, menunggu jalur-jalur mimpi berselirat meraih hamparan pelangi, berwarna terang, tenang, agar tidak lagi bertemu kusam dan kelam.

bawa lelaki kecil itu pada tempat hadirnya bahagia, mencipta sejarah yang seronok, menampal kembali impian yang terkoyak, layang bersaing cinta agung, dengan namaNya yang satu, bersama titah yang Dia mahu

0 berkata: